Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1) Pembantu Am Pejabat (N1)
2) Pegawai Khidmat Pelanggan (N17)
Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong bersama salinan sijil-sijil yang telah disahkan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat (jika mengunakan perkhidmatan pos).
Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS:
www.miros.gov.my atau
datang sendiri ke:
Unit Pentadbiran,
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.
Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hantarkan emel kepada
zurianti@miros.gov.my (Zurianti Bt. Zamrud).