Wartawan Utusan Melayu (M) Bhd

Jawatan: Wartawan
Tarikh Tutup: 16 April, 2010
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, sebuah syarikat media yang berpengaruh,
mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan wartawan.


Kelayakan:

+ Lulusan SPM/STPM/siswazah dalam bidang undang-undang, politik, sains,
ekonomi, kewangan, komunikasi dan hubungan antarabangsa,
+ Umur tidak melebihi 30 tahun,
+ Pengalaman dalam bidang kewartawanan terutama dalam penulisan
rencana,
+ Sekurang-kurangnya mendapat keputusan Kepujian dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM,
+ Berfikiran kritis dan analitikal,
+ Sanggup bekerja dalam keadaan tertekan dan secara berkumpulan,
+ Suka mengembara dan tegar dengan cabaran,
+ Berpengetahuan luas mengenai isu-isu semasa, dalam dan luar negara,
+ Minat membaca dan menulis,
+ Siswazah yang baru tamat pengajian digalakkan memohon,
+ Mereka dari kalangan bukan Melayu juga digalakkan untuk memohon.

Pemohon yang berminat boleh menghantar permohonan bertulis berserta
sekeping gambar berukuran pasport sebelum 16 April, 2010 kepada:

Pengurus Besar Sumber Manusia,
Jabatan Sumber Manusia,
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad,
Tingkat 7, Menara PGRM
No. 8 Jalan Pudu Ulu,
Cheras,
56100 Kuala Lumpur
(U/P: Unit Pengambilan Kakitangan)

atau: Emel permohonan ke: aizul@utusan.com.my
Sila catatkan jawatan yang dipohon di bahagian atas kiri sampul surat.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

No Response to "Wartawan Utusan Melayu (M) Bhd"

Post a Comment

 

Copyright © 2009 Job Seeker All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes