Jawatan Kosong Di MIROS

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1) Pembantu Am Pejabat (N1)
2) Pegawai Khidmat Pelanggan (N17)

Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong  bersama salinan sijil-sijil yang telah disahkan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat (jika mengunakan perkhidmatan pos).

Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS:  www.miros.gov.my atau
datang sendiri ke:

Unit Pentadbiran, 
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, 
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, 
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 
43000 Kajang, Selangor.

Untuk sebarang keterangan lanjut,  sila hantarkan emel kepada zurianti@miros.gov.my  (Zurianti Bt. Zamrud).


Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta  salinan  sijil-sijil akademik hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti yang dinyatakan di atas pada atau sebelum 18 Februari 2011.

Hanya permohonan yang disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.

No Response to "Jawatan Kosong Di MIROS"

Post a Comment

 

Copyright © 2009 Job Seeker All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes